Saya tidak pandai menulis tetapi ingin berkongsi sama realiti harga minyak sebenar di dunia pada hari ini.  Apa yang di tunjukkan di sini adalah harga minyak diesel yang di jual oleh Petronas kepada industri (maklumat harga sebenar dari pihak petronas).  Jika di lihat pada harga yang di jual pada industri, harga nya jauh lebih murah walaupun tax (19.33sen/liter) dikenakan. 

Harga yang ditunjukkan adalah harga setelah dikenakan tax (mulai Disember 08, pihak industri terpaksa membayar tax kepada kerajaan). So, kalau ditolak dengan tax untuk harga diesel pada 17hb-23hb Dis 08, harga diesel sebenar dipasaran cuma RM1.37/liter.


0 Comments:

Post a Comment